BISKUT SAGUN
Biskut Sagun adalah sejenis kuih tradisi melayu yang menjadi makanan ringan dicipta berkurun lalu . Syarikat telah memperbaharui produk ini dari segi citarasa dan pembungkusan tetapi citarasa tradisi masih dikekalkan demi menjamin keaslian produk tradisi ini . Biskut Sagun ini dikeluarkan dengan dua perisa yang sangat istimewa dan menarik iaitu perisa pandan dan perisa strawberi . Ianya juga dikeluarkan dalam pelbagai bentuk pembungkusan bagi memudahkan pengguna untuk membelinya .